CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 25, 2009

Siapa TUAN aku? siapa TUHAN aku?

Assalamualaikum..Alhamdulillah..dipanjang umur olehNya sekali lagi pada hari ini untuk mengecap nikmat kurniaanNya.Sekali lagi diberiNya peluang 'bertugas' sebagai hamba Allah untuk sujud dan syukur diatas nikmat kurniaanNya.Tatkala diri mengejar nilai serta tugas seorang hamba yang masih lompong dan dhaif,mencari-cari redha Ilahi diatas dosa yang tidak bertepi,terkesan diri ini akan senario disekeliling..

Setiap hari,apabila masuk waktu solat,saudara seislam ku sujud.Bangun,rukuk dan sujud kembali hingga selesai semua rukun beribadat.Kadangkala sejumlah dari mereka bangun pada dinihari..merafak sembah demi tugas seorang hamba.Untuk apa mereka sujud dan rukuk?Untuk siapa sujud dan rukuk itu?Sebahagiannya menjawab.."sudah tentu untuk Allah..!" Bila ditanya sekali lagi, style="font-weight:bold;">"Siapa Allah itu?" Jawapannya mudah,semestinya Allah it Tuhan yang menjadikan kita."Nah..jika begitu,terangkan siapa Allah jika kamu berkata Dia Tuhanmu..?" Masing-masing terdiam.Kiranya mencari jawapan yang tepat."Allah itu Tuhan yang wajib disembah..penjelasan itu sudah cukup,dan solat itu adalah rukun iman,jadi perlu ditunaikan." "Nyatakan dalil kamu.jadi jika benar Allah itu tuhanmu,dimana Dia?" Diam. "Berjisim dan berjisim kah Dia?" Diam lagi.

MasyaAllah.bila dikenangkan.Masih ramai yang menyembah Allah tapi masih tidak mengenali siapa Allah itu.Ramai yang menyembah nama kepada dzat yakni Allah,bukan pada dzat itu sendiri.Sujud dan rukuk dijalankan cukup sempurna,seolah-olah seorang arkitek yang melakar sebuah rumah yang cukup cantik.Namun sayang,kepada siapa mahu dipersembahkan hasil lakarannya jika dia tidak kenal akan Tuannya?Apakah yang dimaksudkan dengan dzat?diri yang sebenar-benar diri.Diri yang mutlak.Jadi mengapa tida dihantar lakaran itu padaNya?Bagaimana mungkin..kerana masih ramai yang tidak mengenaliNya! Ya Allah..ampunkan kami,kerana sepanjang hidup kami hingga ke saat ini,amalan kami sedikit pun tidak diambil kira atas kejahilan kami dalam mengenaliMu.Atas kelalaian kami menghambakan diri kepadaMu!

TUHAN..SIAPAKAH DIA?

Tuhan adalah dzat yang Terkaya dan Teragung yang dikenali dengan nama Allah.Kenapa Dia yang Terkaya?Kerana Allah itu tidak berhajat kepada sesuatu yang lain.Dia yang Maha Lengkap.Mengapa dikatakan Allah itu sedemikian rupa?Sesungguhnya Allah itu mempunyai dua sifat utama iatu ISTI'NA dan IFTIQAR.

ISTI'NA

Allah itu adalah dzat yang terkaya,yakni Dia tidak berhajat kepada makhluk apapun untuk menjadikanNya,bahkan Dia yang menjadikan segala jenis makhluk di dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan kita.Sifat Allah adalah sediakala,berlawanan dengan sifat makhluk yang baharu.Kenapa baharu?kerana sebelum adanya makhluk itu selepas tiadanya dan ada sebelum tiadanya.Tiada manusia jika tidak dilahirkan.Ada manusia itu sebelum matinya.Tetapi adanya Allah,adalah sediakala,iaitu bersalahan dengan akal, Allah itu tiada sebelum adanya atau ada sebelum tiadaNya.Sesungguhnya dia ada dengan sendirinya.Bukan dicipta-cipta atau dibentuk oleh makhluk.

IFTIQAR

Semua makhluk berhajat kepadaNya.Dalam segenap segi.Dalam segenap aspek.Renungkan kitar hidup manusia.Dari benih(air mani) menjadi segumpal darah.Bagaimana?Hanya dengan kebenaran dariNya.Dia yang Berkata "kun faya kun.." maka jadilah ia.Dari segumpal darah menjadi tulang temulang,isi,organ dan sebagainya.Kenapa berlaku?Hanya dengan kebenaran dariNya.Hanya dengan IzinNya.

"Allah itu adalah tempat makhluk tertumpu.."-Surah Al-Ikhlas(ayat 2).

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah berkata,

"Aku kenal Allah dengan Allah..",yakni kekasih Allah mengenalinya dengan dzatnya,bukan dengan sifatnya.

Ini berlainan dengan sifat ummatnya yang hanya mengenali Allah hanya dengan keterangan dalil dari Al-Quran,Hadith seta ijmak para ulama’.Demikian itu,kebanyakan ummatnya hanya mampu mengenali Allah pada tahap Am ma (am) manakala kekasih Allah mengenaliNya dengan qasah.Berbeza dengan para wali yakni siddiqin,mereka mengenal Allah lebih dari ummat yang a’bid serta berbeda dari kebiasaan.Maka mereka itu dijanjikan tempat yang terbaik di negeri akhirat.Pendek kata,para a’lim ulama’ serta para wali,siddiqin serta syuhada’,mereka inilah hamba Allah yang dah ‘booking’ awal-awal ‘hotel-hotel’ yang indahnya tidak tergambar dengan aqal.MasyaAllah..

Ya Allah..Aku pun mahu ‘booking’ juga.Tapi layakkah aku?Tapi aku tak tegar kalau dicampakkan ke nerakaMu yang a’zab dan pedih.Aku tak sanggup merasa tubuhkan dibesarkan se besar bukit.malah lebih dari besarnya bukit lalu dibakar berkali-kali di dalam neraka Mu.Aku tak sanggup Ya Allah!

Maka aku tilik diriku.Dosaku tidak bertepi..Beri aku kesempatan Ya rabb!BerI aku keampunan Ya Rabb.Aku tak layak ke syurga Darus-Salam Mu,apatah lag ke Firdaus Mu.Oleh itu Ya Rabb,Kau redhakanlah diriku sebagai hambaMu,terimalah sujud dan ibadahku.Sesungguhnya demikian itu sudah mencukupi buatku.

Amin

Thursday, December 24, 2009

Pada mata lelaki..

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Jadilah kamu seperti epal yang tinggi..

Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.

renung-renungkanlah..